Selepas dilaporkan hilang hampir 23 jam di kuari Kampung Perigi, Sematan di Lundu, Sarawak, seorang kanak-kanak dua tahun ditemui selamat.<br /><br />Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata Muhammad Rayyan Bujang Abdul Qayyum itu dikesan oleh Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM, Daisy, kira-kira 2 kilomter radius dari kawasan dia dilaporkan hilang.